Monday 7 April 2014

CAMBODIA: DAY 3

23/03/14 (Sunday)
Phnom Penh - Siem Reap

"Wakeup!!! its sundae!!" - me

waaahh... time gone so fast... dah 3 hari kat cambodia.. see u again Phnom Penh.. hello Siem Reap..! jangan terkejut kalau aku katakan perjalanan yang hanya sejauh 300 km (approx) itu mengambil masa selama 7 jam! kalau kat malaysia, jarak 300km lebih kurang johor-kl  hanya mengambil 4jam perjalanan. masa yang agak lama itu kerana rupa jalan mereka yang tidak rata, bak kata guide kami, as you travel to Siem Reap, you will get 'free massage'!! ahhaha.. gelak je aku dga.. okeyh.. jom layan gamba sepanjang perjalanan!

opss! maaf, lembu nak tumpang lalu.. kikiki

anyway.. tatau ape yang macam bonggol tu.. certain blogger cakap tu jerami. tapi apa kegunaan dia ea?

Ini antara pengangkutan lain yang terdapat di Cambodia. Normally penduduk tempatan yang menaiki pengangkutan ini untuk pergi ke tempat kerja atau ke pasar. dan ada juga kenderaan bg tujuan pengangkut barang.




Perhentian pertama. kat sini ade tempat sini minyak n ade kedai beli makanan ringan (ala2 petronas shell). Jangan risau makanan ringan kat kedai ni kebanyaknya dari malaysia. aku sempat beli mister potato & air cincau f&n sebagai bekalan! hihihi..




Panorama di perhentian ke dua. Di sebelah atas adalah ruangan jualan cenderamata dan di bawah ruangan makan. dan dari ruangan makan ni, pelancong boleh menikmati pemandangan tasik yang ade kerbauu sambil diiringi dengan alunan muzik tradisional rakyat cambodia. diingatkan.. kat sini makanan tak halal tau!



Alhamdulillah sampai kami di Siem Reap. and sebaik sahaja sampai di Dara Reang Sey Angkor Hotel, kami terus dibawa ke ruang makan. lapaa sangat!! lunch kami pada pukul 2 lebih... kat dalam bas tadi, ntah berapa kali tido bangun tido bangon.. hihihi.. (anyway.. aku tak kisahpun lame2 kat dlm bas.. tapi cuma rugilah sebab kat negera orang kan.. 7 jam tu boleh spend time kat banyak tempat kot... kalau shopping bleyh dapat berbeg-beg! hahahaha...). Anyway.. dalam bilik hotel ni, ade bath tup! sonok kan? hihihi.. 


okeyh satle je makan, kami di beri masa lebih kurang 15minit utk bersiap2 untuk ke Artisans Angkor. kami difahamkan, para pekerje terdiri dari mereka yang kurang upaya. Anyway.. lepas balik malaysia, aku ade bace entry cambodia dari blogger2 lain. Artisan ni rupa2nya ade banyak location die. so kalau aku, aku syorkan korang pergilah silk farm. sbb pada aku itu lagi interesting compare dgn artisan yang aku pergi ni, tempat ukiran kayu yang pada aku agak bosan.. apa2 pun, aku kagum dengan kesungguhan dan kehalusan ukiran yang dorang buat, hasilnya sangat cantik! Selesai pusing kat bengkel, kami dibawa ke kedai cenderamata, pergh.. memang cantik! n paling tertarik dengan barangan silk die.. p giler mahal! shopping mata jelaa yang mampu... hahahaha.. anyway.. kalau korang terlepas beli barang kat sini, n tetibe teringin nak beli, korang boleh beli kat airport Siem Reap. Tapi tak surelah harganya sama atau lagi murah atau lagi mahal.. hihihi.. =p



lepas pergi Artisan, kami dibawa ke massage di S.O Angkor Khmer Massage & Spa. free treatment dari pihak hotel katanya untuk hilangkan penat kerana perjalanan yang jauh tadi tu. hihihi... dah free, layan jela (sejam okeyh!). n maybe sebab free, mereka tidak menggunakan minyak. dan seperti biasa, walaupun pihak hotel telah membayar utk kami, tapi di Cambodia, mereka mengamalkan konsep tips. so korang jangan lupe beri tips ok! anyway, tengok dorang happy dapat tips, kite pun hepi jugak kan tengok dorg hepi.. =)


Setelah selesai mendapat treatment urut mengurut, kami dibawa ke killing field (actually tataulah nama betul die ape) dah tak fokus dah time ni sbb dah malam n die bawak masuk kat tempat yang ade tengkorak2.. sbb kami kesuntukan masa.. mm.. tula, sbb perjalanan jauh tadi la.. rugi kan.. tu pun kami masuk sebelah depan je.. tak tengok pon sebelah dalam.. rugi2..


dan hotspot seterusnya adalah kedai jems.. haha.. disebabkan ini adalah tour guide yang kedua, jadi.. ini jugalah kali kedua kami dibawa ke kedai gems.. kali ni.. ramai opismate n termasuk bos aku beli gems! korang boleh bayangkan tak.. harga dari 200 dolar boleh kurang sampai 65 dolar..?? hehe.. nampak tak permainannya di situ.. hihi.. kalau korang tak pandai nego.. habislah.. jangan tergadai slua pendek sudah lah... anyway.. kalau korang tanya aku mengenai ketulenan.. aku tetap cakap, ketulenanya diragui (aku akan kupas pada entry di kedai gems yang ketige).


Lepas semua heppi dengan gems di tangan, di leher, di jari, di telinge mahupun di dalam kotak, kami pon di bawa ke kedai untuk menjamu selera.. hihihi.. inilah masa yang dinanti2 kan.. hihi.. kami di bawa ke Muslim Family Restaurant. seriously, aku suke satu menu kat restaurant ni, tak lain tak bukan "daging lembu naik bukit!" rare kan? haha.. sedap woo... harap kalau pregnant satu hari nanti, takdelah nk mengidam bende ni, tak pasal2 nk kne naik flight g cambodia pulak! hahaha.. anyway.. boleh la korang tengok ape rupenye lembu naik bukit tu... hihihi.. (maaf kalau terliur. ambil tisu, kesat sendiri laah ye.. hhihihi)



Selepas perut kenyang.. kami pun dibawa pulang ke hotel.. malam ni kami tak berniat untuk kemana-mana. geng2 lebih berminat untuk mandi di pool hotel. aku duk kat bilik jela, simpan tenage utk esok, nk berjalan kat angkor wat! hihi... okeyh.. tido awal.. zzz...


6 comments:

  1. kalo ikut travel agent mmg kena la pegi tpt2 gini kan...kedai gems laaa...kedai ginseng laaa....tgk show laaa...layan jerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. kan.. kiteorang pegi kedai gems 3 kali kot! sbb guide bertukar 3 org spng dari phnom penh ke siem reap.. adeh.. bazir mase kt situ je...

      Delete
  2. jerami tu bukan utk bagi lembu makan ke?? err agaknyalah..kalau silap, sorry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha! tulaa... boleh jadik jugak kan! tapi sure lembu tu kembung makan jerami yang menimbun tu.. hahahha =D

      Delete
  3. Daif tul tgk tandas tu, sign pun dah senget, nak masuk melabur pun mesti rasa x selesa :-)

    Ohh..luna pegi ngan tour guide ek..bukan pegi sendiri...daging lembu naik bukit tu mmg femes...sedap..akak Jm suka..bila mau sambung Day 4 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.... kak Jm... tengok je senget.. tapi dalam bersih.. cume yang takbestnye........ toilet ni takde air!!

      ptss... adeh.... tulaa... dari hari ke hari nk sambung.. tak sambung2 ag day 4 ni.. dah berbulan2 dah sampai malaysia.. p tak habis ag episod cambodia ni.. :p

      Delete