Friday, 11 January 2019

TIPS HILANGKAN RASA SEDIH

Assalammualaikum

Harini iouls nak kongsi sedikit cerita dan tips.. harap bermanfaat ya..

🌳 🌳 🌳

Aku ingat lagi, pada tahun 1998 (waktu tu aku darjah 4) kami berpindah ke rumah baru. Tak lama kami pindah di situ, kami terjumpa dengan 3 ekor kucing yang comel di tepi pokok pisang, Tiga beradik ini kami namakan Memek, Chak & Putih. Memek adalah kucing pilihan aku, yang paling bijak, pandai dia mengajar anak dia minum air, bermain dan kencing berak di tandas. Dia juga yang paling manja 🐱

Pagi itu, seperti biasa sebelum ke pejabat, aku ke dapur sebentar. Mata tersorot pada sangkar kucing tapi tak pula nak melihat siapa di dalam. Tiba-tiba terdengar ngiauan kecil seperti memanggil. Aku pergi ke muka sangkar. Memek rupanya! dalam hatiku.

"Mek kenapa? Kenapa lama tak balik? Pergi mana.. nanti duduk rumah aja tau" aku lihat dia mengunjurkan kepalanya, berbaring dan kelihatan penat. Tanpa syak, aku pergi ke pejabat dan meninggalkan dia.

Selepas tengahari, sedang aku habis dari perbincangan dengan bos. Aku kembali ke mejaku. wasap dari suami, "Memek dah mati tengahari tadi"

Terkejut. Terkilan. Sedih tak terucap. Rupanya dia tegur aku sebab mungkin dia tahu itu saat terakhirnya, tapi kenapa aku tak faham??? kenapa aku tak ringan tulang usap badannya. Terkilan. Berderai air mata seketika.


Memek (1998 - 2019)
Tinggallah di sini selamanya

🌳 🌳 🌳

Nasihat

Bila kita menyayangi sesorang atau sesuatu yang bernyawa, hargailah!
Supaya nanti tiada penyesalan yang hinggap bila kita kehilangannya.
Peluk, sentuh dan pandanglah walau sekejap.

🌳 🌳 🌳

Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini adalah perkara kecil yang beritanya hanya sekadar angin yang lalu. Tapi perasaan kehilangan itu adalah perasaan yang sukar untuk kita pujuk. Hilang sehari esok lusa mungkin bertemu, hilang selamanya bilakah bertemu lagi? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ada juga yang prihatin. Tapai bagaimana cara hendak berdepan dan menenangkan kawan/kenalan yang meluahkan perasaan sedihnya ya?

💡 Peluk - Peluklah jika dia dekat. saya yakin perbuatan tanpa perkataan ini lebih baik dari suara atau tulisan. TAPI pastikan orang itu halal untuk kita peluk ye!

💡 Doa - Hantarkan doa ikhlas. Ayat jangan meleret2. TOLONGLAH Jangan membebel.

💡 Tanya - Kalau tak pasti juga nak buat apa. Tanya terus kepadanya, apa yang boleh kita bantu untuk menghilangkan rasa sedih. Sebab lain orang lain penerimaannya.


xoxo
Luna ❤️

Wednesday, 9 January 2019

HAPPY NEW YEAR 2019!!!

Assalammualaikum 😊

Ibarat Ramadhan Syawal yang menjelma setahun sekali.. gitulah umpanya post kat blog ni.. bila rindu mengundang.. maka menjelma laa satu post.. harap masih ada yang sudi membaca

Sebenarnye banyak cerita/info nak kongsi tapi satu pun tak sempat nak karang... kalau sempat pun kat instagram ajelah.. itupon kebanyakannya versi throwback..

Kalau ada yang nak bercuti ke Lotus Desaru / Busan Korea boleh cari info di instagram kite iaitu @lalunake atau kalau nak lagi mudah boleh taip #lunajalan2 #lunamakan2 dan scroll gamba kat situ

Ok lah.. ini sahaja buat post kali ni.. lagi sekali Selamat Tahun Baru 2019 dari kami sekeluarga. Semoga tahun ini kita semua dilimpahi rezeki yang banyak.. dipermudahkan urusan harian.. serta dapat menjadi insan yang lebih baik dan lebih berjaya dari yang sebelumnya.. amin.. 🍀